Search This Blog

Monday 15 August 2011

isu larangan memperdengarkan bacan al-quran sebelum waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN
ISU MEMBACA AL QURAN
SEBELUM WAKTU SUBUH
DENGAN MENGGUNAKAN
PEMBESAR SUARA
OLEH : SAHIBUS SMAHAH
DATO’ SERI HAJI HASSAN
BIN HAJI AHMAD
MUFTI KERAJAAN NEGERI
PULAU PINANG
TARIKH : 15 OGOS 2011
KRONOLOGI ISU
1. Perbincangan mengenai
isu ini adalah di atas dasar
pemerhatian dan realiti yang
berlaku di kebanyakan
masjid dan surau di negeri
Pulau Pinang selain aduan
melalui telefon dan email
daripada orang awam
bertanyakan hukum
mengenainya.
2. Keputusan Mengenai
Membaca Al Quran Sebelum
Waktu Subuh Dengan
Menggunakan Pembesar
Suara adalah dibincang dan
diputuskan oleh
Jawatankuasa Fatwa Negeri
Pulau Pinang melalui
Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Pulau Pinang
Bil. 2/2011 bertarikh 7 April
2011 dan disahkan melalui
Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Pulau Pinang
Bil. 3/2011 bertarikh 16 Jun
2011.
3. Mesyuarat turut
memutuskan agar keputusan
tersebut dipanjangkan
kepada qaryah-qaryah
masjid seluruh negeri Pulau
Pinang melalui Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang (JHEAIPP). Keputusan
berkenaan telah dihantar
kepada Pengarah JHEAIPP
pada 12 Julai 2011 untuk
tindakan selanjutnya kerana
qaryah-qaryah masjid
terletak di bawah
pentadbiran JHEAIPP.
ASAS PERBINCANGAN DAN
KUASA JABATAN MUFTI NEGERI
PULAU PINANG
1. Perlu ditegaskan bahawa
isu ini dibincang dan
diputuskan oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri
Pulau Pinang bukan atas
arahan atau tekanan
daripada mana-mana pihak
sama ada pihak Kerajaan
Negeri Pulau Pinang
mahupun mana-mana
pertubuhan atau orang
perseorangan.
2. Jabatan Mufti Negeri Pulau
Pinang adalah satu jabatan
yang bertanggungjawab
menjawab dan
menyelesaikan segala
kemusykilan serta
permasalahan berkaitan
hukum Islam di negeri ini. Ia
berdasarkan peruntukan di
bawah Seksyen 45 Enakmen
Agama Islam (Negeri Pulau
Pinang) 2004 iaitu :-
Mufti hendaklah membantu
dan menasihati Yang di-
Pertuan Agong berkenaan
dengan semua perkara
Hukum Syarak, dan dalam
semua perkara sedemikian
hendaklah menjadi pihak
berkuasa utama di Negeri
Pulau Pinang selepas Yang
di-Pertuan Agong, kecuali
jika diperuntukkan selainnya
dalam Enakmen ini.
3. Jika merujuk kehendak
Seksyen 48 (1), (2), (3), (4),
(5), (6) dan (7) Enakmen
Agama Islam (Negeri Pulau
Pinang) 2004, berkaitan
Tatacara pembuatan fatwa,
keputusan ini bukanlah satu
fatwa.
4. Keputusan mesyuarat
tersebut TIDAK DIWARTAKAN
dan keputusan ini adalah
sebagai satu NASIHAT HUKUM
yang sering diputuskan sama
ada melalui jawapan terus
daripada Jabatan Mufti
Negeri Pulau Pinang dari
semasa ke semasa atau
dipohon pandangan terlebih
dahulu daripada Ahli
Jawatankuasa Fatwa Negeri
Pulau Pinang melalui
Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa. Ia merupakan suatu
keputusan HUKUM sebagai
panduan serta menjelaskan
pandangan Islam tentang
amalan tersebut kepada
seluruh umat Islam di negeri
Pulau Pinang untuk diikuti
dan dipatuhi.
5. Tatacara pembuatan
fatwa mengikut kehendak
Seksyen 48 (1), (2), (3), (4),
(5), (6) dan (7) Enakmen
Agama Islam (Negeri Pulau
Pinang) 2004 adalah seperti
berikut :-
(1) Sebelum Jawatankuasa
Fatwa membuat fatwa, Mufti
boleh menyebabkan apa-apa
kajian atau penyelidikan
dijalankan sebagaimana yang
diarahkan olehnya dan
kertas kerja disediakan.
(2) Apabila Jawatankuasa
bercadang hendak membuat
fatwa, Mufti hendaklah
memanggil suatu mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa yang
dicadangkan itu.
(3) Selepas fatwa disediakan
oleh Jawatankuasa Fatwa,
Mufti hendaklah, bagi pihak
dan atas nama Jawatankuasa
Fatwa, membuat syor
kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk mendapatkan
perkenannya bagi penyiaran
fatwa itu dalam Warta.
(4) Apabila fatwa itu
diperkenankan oleh Yang di-
Pertuan Agong,
Jawatankuasa Fatwa
hendaklah memaklumkan
Kerajaan Negeri tentang
Fatwa itu dan selepas itu
hendaklah menyebabkan
fatwa itu disiarkan dalam
Warta.
(5) Sesuatu fatwa yang
disiarkan dalam Warta
hendaklah disertakan
dengan pernyataan bahawa
fatwa itu dibuat di bawah
seksyen ini.
(6) Sesuatu fatwa hendaklah
disiarkan dalam bahasa
kebangsaan dalam tulisan
rumi, tetapi teks fatwa itu
dalam tulisan jawi boleh juga
disiarkan.
(7) Apa-apa pernyataan yang
dibuat oleh Jawatankuasa
Fatwa tidak boleh diambil
sebagai fatwa melainkan jika
pernyataan itu disiarkan
dalam Warta menurut
subsyeksyen (4).
ULASAN SOHIBUS SAMAHAH
DATO’ SERI MUFTI
BERHUBUNG ISU BERKENAAN
1. S.S Dato’ Seri Mufti
melahirkan kekesalan di atas
segala kenyataan yang tidak
professional dan tidak
berhemah daripada semua
pihak termasuk menuduh
Jawatankuasa Fatwa Negeri
Pulau Pinang membuat
keputusan secara melulu
berkaitan isu tersebut.
2. Keputusan tersebut
diputuskan adalah
berdasarkan rasa
tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan bagi
menyatakan kebenaran dan
ia bersandarkan dalil yang
sohih.
3. Islam mensyariatkan
untuk tidak mengangkat
suara dengan kuat kecuali
azan dan beberapa rutin
ibadah lain seperti khutbah
dan sebagainya. Adapun
selain dari itu, tiada nas yang
menyuruh kita menguatkan
suara sehingga mengganggu
orang lain. Bahkan
perbuatan itu dilarang oleh
Nabi Muhammad SAW.
Apatah lagi dalam Islam
ketenteraman orang lain
wajib dipelihara melainkan
jika ada pengecualian
tertentu yang diizinkan oleh
syarak.
4. Walaupun bacaan Al-Quran
dan zikir amatlah baik,
namun kita tidak boleh
memaksa orang lain
mendengar bacaan kita.
Mungkin orang lain ingin
membacanya sendiri atau
ingin membacanya pada
waktu lain atau mereka
sedang sakit atau ada anak
kecil yang sedang tidur atau
mereka tidak difardukan
solat seperti wanita yang
haid atau bukan Islam dan
lain-lain.
5. Rasulullah S.A.W melarang
mengangkat suara bacaan di
masjid sehingga
mengganggu mereka yang
lain yang sedang beribadah
atau menyakitkan orang lain.
Jika mereka yang sedang
berada di dalam masjid yang
memang bersedia untuk
beribadah pun tidak
dibenarkan untuk diangkat
suara bacaan sehingga
mengganggu konsentrasi
atau tumpuan terhadap
solat mereka, mana mungkin
untuk menguatkan suara
bacaan melalui pembesar
suara sehingga mengganggu
mereka yang sedang berada
di luar masjid.
6. Larangan ini adalah
keputusan yang berlaku
pada zaman yang belum ada
pembesar suara yang
gangguannya tidaklah
setakat mana hanyalah bagi
mereka yang berada di
dalam masjid sahaja,
bagaimana jika Rasulullah
dan para sahabat serta para
ulamak dahulu melihat
keadaan pembesar suara
pada zaman kita ini, dengan
itu memang wajar arahan
meminta dielakkan bacaan-
bacaan yang dibuat melalui
pembesar suara yang boleh
mengganggu orang luar dan
dalam masjid. Mematuhi hal
ini bukan kerana isu politik,
tetapi itu arahan Nabi
Muhammad SAW dan juga
menjaga Islam yang harmoni.

No comments:

Post a Comment