Search This Blog

Monday 19 September 2011

Akta ganti ISA lebih ZALIM

Written by Ahmad Zamri Asa'ad
Khuzaimi
Jabatan Undang-Undang dan
Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
menyambut baik langkah
Perdana Menteri untuk
memansuhkan Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960
(“ISA”). Langkah tersebut
mendapat pujian semua pihak
khususnya parti pembangkang
dan badan-badan bukan
kerajaan.
Tetapi masih timbul tanda tanya
kerana pemansuhan ISA itu
bukanlah pemansuhan mutlak
tanpa bersyarat malah berikutan
pemansuhan itu, Kerajaan bakal
memperkenalkan dua lagi akta
baru bagi menggantikan ISA
tersebut. Menteri Dalam Negeri
pula mendedahkan bahawa dua
akta baru yang akan
diperkenalkan oleh Kerajaan
tersebut adalah berasaskan
kepada Patriot Act di Amerika
Syarikat dan Anti-Terrorism Act
di United Kingdom.
USA Patriot Act atau lebih
dikenali sebagai Patriot Act
adalah singkatan kepada Uniting
(and) Strengthening America
(by) Providing Appropriate Tools
Required (to) Intercept (and)
Obstruct Terrorism Act of 2001
dan telah diperkenalkan oleh
Presiden George W. Bush pada 6
Oktober 2001. Akta ini
diperkenalkan selepas Amerika
mengalami serangan September
11, 2001.
Akta ini telah memberikan lebih
kuasa kepada agensi
penguatkuasa undang-undang
untuk menyiasat rekod
panggilan telefon, emel,
perubatan, kewangan dan
mengurangkan halangan
undang-undang kepada agensi
berkenaan untuk menjalankan
aktiviti risikan khususnya ke
atas warga dan entiti asing. Akta
ini juga meluaskan kuasa agensi
itu berkaitan budi bicara
menahan atau menghantar
pulang mana-mana warga asing
yang menjadi suspek dalam
aktiviti keganasan.
Perlaksanaan akta ini telah
mendapat tentangan daripada
badan hak asasi manusia kerana
sifat akta ini yang zalim
khususnya penahanan tanpa
had masa ke atas suspek, kuasa
menggeledah sesebuah premis
tanpa kehadiran atau
pengetahuan pemilik dan kuasa
untuk memintas komunikasi
telefon, emel atau rekod
kewangan tanpa waran
mahkamah. Harus dinyatakan di
sini bahawa Mahkamah
Persekutuan telah beberapa kali
membuat keputusan bahawa
tindakan yang dibuat oleh
agensi berkenaan adalah salah
dan bercanggah dengan
perlembagaan.
Di United Kingdom, langkah
yang sama telah diambil oleh
Kerajaan kira-kira dua bulan
selepas serangan September 11,
2001, Kerajaan telah
memperkenalkan Anti-
Terrorism, Crime and Security
Act 2001. Ciri penting akta ini
adalah kuasa untuk menahan
warga asing yang menjadi
suspek dalang pengganas untuk
ditahan tanpa bicara tanpa had
masa. Namun, suspek itu boleh
dibebaskan dengan syarat beliau
meninggalkan United Kingdom.
Pihak Kerajaan mendakwa
bahawa kebanyakan bukti yang
ada ke atas suspek ini tidak
dapat digunakan di mahkamah
kerana factor-faktor
keselamatan.
JUHAM menegaskan bahawa
penggunaan akta ini telah
dicabar di Mahkamah dan House
of Lords pernah memutuskan
bahawa penahanan suspek
tanpa bicara adalah
bertentangan dengan Human
Rights Act 1998 kerana bersifat
diskriminasi memandangkan
akta ini membezakan tindakan
ke atas warga asing dan warga
UK sendiri. Oleh itu, Kerajaan
telah memperkenalkan satu akta
baru iaitu, Prevention of
Terrorism Act 2005 bagi
meremedikan masalah
diskriminasi itu. Di bawah akta
baru ini, tiada perbezaan antara
tahanan warga asing atau
warga tempatan. Namun, akta
baru ini juga tidak sunyi
daripada dicabar di mahkamah.
Umpamanya, pada tahun 2006
penggunaan akta baru ini juga
telah dicabar di mahkamah dan
mahkamah telah memutuskan
bahawa peruntukan seksyen 3
akta baru ini bertentangan
dengan hak untuk mendapatkan
perbicaraan yang adil di bawah
Art. 6 European Convention on
Human Rights. Ini kerana hak
orang yang ditahan ini bukan
ditentukan oleh sebuah
mahkamah yang bebas tetapi di
bawah keputusan pihak
eksekutif, yang mempunyai
kuasa melebihi kuasa pemutus
mahkamah. Walaupun
sebahagian keputusan ini
akhirnya diubah oleh Mahkamah
Rayuan namun hakikatnya
perlaksanaan akta ini telah
diimbangi dengan kewujudan
Human Rights Act 1998. Human
Rights Act 1998 adalah sebuah
akta yang sangat berkuasa
kerana akta ini menjadikan
sesuatu tindakan sebuah badan
awam sebagai tidak sah jika
tindakan tersebut bertentangan
dengan European Convention of
Human Rights. Malah, jika pihak
litigan tidak berpuas hati,
mereka masih boleh membawa
kes mereka ke mahkamah hak
asasi di Strasbourg.
Sungguhpun langkah Perdana
Menteri yang ingin
memansuhkan ISA adalah dialu-
alukan, namun, pengumuman
Kerajaan untuk menggantikan
ISA ini dengan dua model iaitu
Patriot Act di USA dan Anti-
Terrorism Act di UK adalah
sangat tidak tepat. Seharusnya
Kerajaan tidak meniru akta yang
dilaksanakan di USA dan UK itu
kerana ternyata keadaan di
negara tersebut tidak sama
dengan di Malaysia. Jika Kerajaan
ingin juga meniru kedua-dua
akta tersebut seharusnya
Kerajaan juga mesti
memperkenalkan undang-
undang yang boleh
mengimbangi sifat arbitrari
kedua-dua akta itu dengan
prinsip-prinsip hak asasi
manusia sejagat.
Sekiranya, prinsip hak asasi
tidak diperkukuhkan maka tiada
guna ISA itu dihapuskan dan
digantikan dengan dua akta
baru yang lebih menekan dan
bersifat opresif, ibarat pepatah
Melayu “Keluar mulut buaya,
masuk mulut singa”. Di
samping itu, sayugia juga
dimaklumkan bahawa beberapa
pindaan telahpun dibuat ke atas
Kanun Kesiksaan dan beberapa
akta lain berhubung dengan
kesalahan berkaitan terorisme
ini.
Sehubungan dengan ini juga,
JUHAM berpandangan adalah
wajar kerajaan mempelajari
falsafah perundangan Islam
yang tidak membenarkan
kebebasan seseorang itu disekat
melainkan dengan bukti yang
nyata. Penahanan seseorang
tanpa bicara adalah zalim dan
telah terbukti semenjak
beberapa dekad bahawa ISA
telah digunakan untuk menahan
tahanan semata-mata kerana
perbezaan fahaman politik.
Penahanan atas dasar perbezaan
politik adalah amat kejam dan
melainkan terdapat unsur-unsur
terorisme dalam perjuangan
politik itu maka barulah
tindakan penahanan dan
pendakwaan patut dibuat.
Selagi penyebaran fahaman
politik itu masih dalam batasan
demokrasi, tidak seharusnya
kerajaan berasa terancam.
Semoga demokrasi terus subur
di Malaysia.
AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD
KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan
Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan pemuda PAS Malaysia

Saturday 10 September 2011

Gali Kubur ...Curi Kain kafan Tergamak Sungguh

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.

Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama,
aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Golongan yang kedua,
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Golongan yang ketiga
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi

Golongan keempat,
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Golongan kelima
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Golongan yang keenam
aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Golongan ke tujuh dan yang terakhir aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua'lam..

BAGAIMANA NAK URUSKAN TEMBUNI DALAM ISLAM

Dalam Bahasa Arab tembuni itu disebut sebagai al-masyimah (المشيمة), manakala tembuni keeil disebut sebagai al-khalash (الخلاص).

Menurut Qalyubi, tembuni kecil (al-khalash) adalah dikira sebagai sebahagian anggota anak damit keralla ia dipotong daripada anak tersebut. Adapun tembuni adalah ia tersendiri tidak dikira sebahagian daripada anggota ibu yang mengandung dan tidak juga daripada anak damit. Menurut katanya:

والمشيتة المسماة بالخلاص كالعضو لأنها تقطع من الولد ، فهي جزء منه ، أما المشيتة التي فيها الولد فليست جزءا من الأم ولا من الولد

Ertinya: Tembuni yang dinamakan sebagai al-khalash (tembuni kecil) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputus daripada anak berkenaan. Maka ia adalah sebahagian darinya. Adapun tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) maka ia bukan sebahagian daripada ibu dan bukan juga daripada anak. (Qalyubi wa 'Umairah: 1/505)

Menurut asy-Syeikh Muhammad asy-Syarbini al-Khathib:

فالمنفصل من الآدمي أو السمك أو الجراد طاهر ، ومن غيرها نجس ، وسواء في المشيتة وهي غلاف الولد ، مشيتة الآدمي وغيره. أما المنفصل منه بعد موته فحكمه حكم ميتته بلا شك.

Ertinya: Maka bahagian yang terpisah daripada manusia atau i atau belalang adalah suei, manakala selainnya (m an usia, ikan d belalang) adalah najis. Dan sam a juga dengan tembuni iai pembungkus anak, tembuni manusia dan lainnya. Adapun anggo~ yang terpisah daripadanya setelah matinya maka hukumnya adala , mengikut hukum matinya dengan tiada syak. (Mughni al-Muhtaj: 1/80)

Katanya lagi:

أما ما انفصل من حي أو شككنا في موته كيد سارق وظفر وشعر وعلقة ودم فصد ونحوه فيسن دفنه إكراما لصاحبها. ويسن لف اليد ونحوها بخرقة أيضا كما صرح به المتولي


Ertinya: Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau kita ragu tentang kematiannya seperti (potongan) tangan pencuri, kuku, rambut, darah beku (‘alqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya, sunat juga membungkus tangan dan seumpamanya itu dengan kain sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Mutawalli. (Mughni al-Muhtaj: 1/349)

Menurut dalam kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:

ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الآدمي ، نجسة من غيره

Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah al-Muhtaj: 1/245

Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni keeil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni keeil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak erkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan eninggal dunia, maka penyempumaannya adalah mengikut penyempumaan mayat anak berkenaan.

Khurafat berkaitan pengurusan tembuni

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.
Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

GOLONGAN KIRI PELAPOR KEPADA PEJUANG KEMERDEKAAN

” Tarikh 31 Ogos yang disambut saban tahun itu merupakan perayaan berhubung dengan kemerdekaan Malaya dari tangan Inggeris sebagai sebuah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Perjuangan kemerdekaan bukan bermula dengan perjuangan UMNO menentang Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan telah bermula lama sebelum itu, sejak zaman para ulama, pembesar dan pahlawan Melayu yang menentang penjajahan.

Ketika Melaka diserang dan ditawan Portugis pada tahun 1511, muncul Bendahara Tepok yang tampil ke hadapan menentang serangan itu, walaupun tidak berjaya.

Pada abad ke-19 penjajah Inggeris mula bertapak di semenanjung. Penentangan berlaku di Perak, Pahang, Kelantan dan di negeri-negeri lain.

Di Perak, Dato’ Maharajalela memimpin penentangan rakyat terhadap Inggeris. Tentangan itu mencapai kemuncaknya dengan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875. Dia ditetak oleh Seputum ketika sedang mandi sungai.

Akibatnya, Dato’ Maharajalela dihukum gantung (Dua tahun lalu Sultan dan Kerajaan Perak telah membawa pulang jasad dua orang pahlawan Melayu, Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap yang dituduh Inggeris terlibat dalam pembunuhan Birch, dari sebuah perkuburan di pulau Singapura untuk disemadikan di Perak dengan penuh penghormatan).

Di Pahang pula, Dato’ Bahaman telah memimpin gerakan penentangan rakyat terhadap Inggeris. Bersamanya, ialah Tuk Gajah dan Mat Kilau. Di Kelantan pula Tuk Janggut memimpin penentangan rakyat terhadap cubaan Inggeris mahu mengenakan cukai terhadap rakyat.

Kini Dato’ Bendahara, Dato’ Maharajalela, Datuk Bahaman dan Mat Kilau dan Tuk Janggut telah menjadi legenda. Sungguhpun buku-buku sekolah cuma ada menyebut sedikit mengenai mereka, tetapi perjuangan mereka itu dinafikan. Mereka dinafikan daripada menjadi pejuang kemerdekaan negara. Sejarah itu yang cuba dinafikan oleh mereka yang menjadi petualang bangsa.

Di antara tahun 1941 hingga 1945, Jepun menduduki Tanah Melayu setelah berjaya menghalau Inggeris. Namun kedatangan Jepun itu juga turut mendapat tentangan rakyat negara ini. Ia dipelopori oleh gerakan anti-Jepun yang berpusat di dalam hutan dengan dibantu oleh unit-unit rahsia di seluruh kawasan pinggir bandar dan kampung.

Tidak berapa lama sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kuomintang Malaya yang bergerak secara sulit telah mengumumkan penggabungan dalam perjuangan mereka menentang Jepun.

Sebelumnya, kedua-dua pertubuhan ini saling bermusuhan sama seperti apa yang berlaku di Tanah Besar China. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu, Barisan Kumkuo dengan sendiri menjadi barisan depan dalam penentangan terhadap Jepun.

Sebagai barisan tempur, PKM telah membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA), manakala Kuomintang mendirikan apa yang dikenali dengan nama yang sama, tetapi dengan hanya sedikit perbezaan pada lambang topinya.

Selain daripada Barisan Kumkuo, ada gerakan melawan Jepun yang lain seperti Force 136 (yang dibentuk oleh kerajaan British) dan askar Wataniah di Pahang, yang tidak begitu terkenal.

Perkampungan orang asli telah menjadi tumpuan pasukan ini, Force 136 pada mulanya dengan menjadikannya pusat perhubungan dan mengadakan kegiatan. Sebahagian besar orang asli bekerjasama dengan kumpulan ini.

Wataniah dibentuk dan ditadbirkan oleh orang-orang Melayu yang bencikan Jepun, tetapi pro-Inggeris. Sebahagian besar anggota wataniah ini adalah bekas pegawai kerajaan Inggeris yang masih ‘setia kepada tuan lama’. Wataniah sering berhubung dengan Force 136 memberikan banyak maklumat tentang gerakan penentangan. Mereka berperanan sebagai talam dua muka Jepun.

Persefahaman di antara Kumkuo dengan Force 136 dan Wataniah cukup baik. Mereka tidak pernah bertembung sesama sendiri sebab matlamat mereka ialah untuk menentang kehadiran Jepun di Tanah Melayu.

Keseluruhan kaum Cina yang tinggal di bandar dan kampung memberikan kerjasama yang baik kepada barisan Kumkuo dan barisan tempurnya. Walaupun kerjasama itu berjalan secara tidak jelas, namun kesannya menyulitkan Jepun juga.

Hukuman gantung dan penyiksaan lain yang diterima telah tidak sedikit pun melemahkan semangat juang mereka. Ini yang membuatkan barisan ini lebih terkemuka berbanding dengan yang lain.

Konotasi di atas dibuat bagi menunjukkan bagaimana hebatnya gerakan penentangan terhadap Jepun. Kemudian selepas Perang Dunia Kedua, gerakan kemerdekaan berkembang pesat di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Di Tanah Melayu, PKM telah muncul sejak sebelum perang lagi. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob ditubuhkan pada tahun 1939. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) ditubuhkan pada tahun 1945 sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.

Sayap pemuda KMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam, sementara sayap wanitanya, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) digerakkan oleh Shamsiah Fakeh.

Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmi dan Pak Sako – tokoh nasionalis yang merupakan pejuang tulen kemerdekaan tanah air. Mereka bersama dengan beratus-ratus pejuang lain yang kurang ternama, telah dipenjarakan bertahun-tahun oleh penjajah Inggeris di bawah Undang-undang Darurat, 1948.

(Nota: Siapakah penghasut @ petualangnya kalau bukan UMNO!).

Di antara pejuang-pejuang kemerdekaan itu, ramai yang dibunuh, dihukum gantung atas pelbagai tuduhan dan dibuang negeri oleh penjajah Inggeris.

Maharaja Lela dan lima orang rakannya telah digantung di Matang, Taiping. Sultan Abdullah, menteri, laksamana dan syahbandar telah dibuang di kepulauan Seycheles, di Lautan Hindi. Setelah beberapa tahun baru Sultan Abdullah dibenar-kan pulang, itu pun ke Singapura. Lima belas tahun kemudian baru dibenarkan pulang ke Kuala Kangsar.

Namun bagi sesetengah pejuang lain, melarikan diri ke dalam hutan dan meneruskan perjuangan dari sana adalah cuma satu pilihan yang ada. Ada yang terus melarikan diri ke luar negara (seperti Musa Ahmad) untuk mengelakkan diri mereka daripada merengkok bertahun-tahun dalam penjara (seperti apa yang telah dialami oleh Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir, Cikgu Sabrun, Sutan Djenain dll).

Abdullah CD, Che’ Dat, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi meneruskan perjuangan mereka dengan menyertai gerakan komunis pimpinan Chin Peng (Ong Boon Hua). Chik Degong serta Musa Batu Kurau adalah di antara pejuang Melayu yang ikut sama.

(Nota: Mereka bukan jadi komunis dengan menganut faham komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh penjajah Inggeris. Malah ketika di sekolah dahulu, Guru Besar sering mengingatkan murid-murid agar tidak memandang serong terhadap cikgu kami, Ong Boon Kooi dan Ong Boon Chuan, adik Chin Peng @ Ong Boon Hua – Penulis).

Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri, dalam ucapan beliau ketika menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 telah menyebutkan bahawa pejuang-pejuang dari golongan kiri perlu diiktiraf.

Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin dan Pak Sako ada menerima ‘sedikit’ pengiktirafan. Namun mereka dan beratus-ratus lagi pemimpin yang tidak ternama terus hidup menderita dan terpinggir. Keluarga mereka juga menderita ketika pejuang-pejuang ini berada dalam tahanan di penjara atau ketika menjadi pelarian (di tanah air sendiri).

Ada pemimpin buruh seperti A. Ganapathy telah duhukum gantung hanya kerana dituduh melibatkan diri dalam perjuangan komunis. Abdullah CD, Che’ Dat, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh malah Chin Peng sendiri dicap sebagai pengganas komunis. Ia merupakan tohmahan yang mudah dibuat, sama seperti tuduhan Bush terhadap pejuang Islam sekarang yang dicap pengganas.

Namun, tidak sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa mereka juga berjuang untuk kemerdekaan tanah air mereka sendiri. Memang mereka berjuang dengan mengangkat senjata, tetapi apa yang dapat dibuat apabila Inggeris mengerahkan anak-anak Melayu yang tidak tahu apa-apa itu memburu mereka di dalam hutan, juga dengan senjata?

Pasukan keselamatan seperti polis dan SC dari kalangan anak pribumi ditubuhkan buat menjaga kepentingan Inggeris di negara ini. Mereka menjaga segala pos kawalan, balai dan menjadi pengiring kepada semua tuan-tuan estet bangsa Inggeris.

Namun ketika dalam perjuangan, apabila menghadapi keadaan sebegini apa pilihan yang ada? Sedangkan para pejuang ini terus-terusan dicap sebagai pengganas! Mereka dicap pengganas hanya kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air sendiri!

Di India, Indonesia dan banyak negara lagi, orang-orang komunis bersama-sama dengan pejuang-pejuang lain tetap diingati akan sumbangan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Oleh yang demikian, buku-buku sejarah dan teks sekolah hendaklah tidak diselewengkan fakta dan urutannya dengan membohongi sejarah yang telah terlakar. Para pejuang yang telah menitiskan darah dan air mata demi tanah air tercinta tidak sepatutnya diberikan label dan cop yang berlainan.

Merdeka bukan setakat perjuangan melaungkannya di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Ia bukan setakat ucapan Tun Razak atau oleh para pemimpin UMNO yang sebelumnya tidak berani pun menyebutkan perkataan ‘merdeka’. Sebaliknya, ada ramai lagi yang lain, yang dengan sengaja cuba dilupakan.