Search This Blog

Sunday 3 June 2012

BN Pilihan orang Muda di Kedah..



Apa la nak jadi dengan anak muda sekarang ni... lalai dengan aktiviti dan perbuatan diorang ni.. Anak muda pewaris kepimpinan negara.. Kalau begini caranya.. tidak mustahil.. negara berada di ambang kemusnahan dah kehancuran.. Sapa yang harus di salahkan.. Apakah anak muda ni.. lemah imannya sampaikan turut je apabila disuruh...umpama lembu di cucuk hidung..


Aku x tahu, apakah yang di kejar oleh anak muda ini..adakah habuan yang sedikit..sanggup menggadaikan maruah dan harga diri.. di mana jati diri anak muda ni..mudah di jual beli.. tidak sedarkah ank muda ini sedang di pergunakan oleh mereka-mereka yang inginkan kuasa yang berpanjangan dan kekal... walhal kesilapan demi kesilapan telah mereka lakukan..


Wahai anak muda..sampai bila keadaan ini berterusan..sampai bila dosa membelenggu kalian.. Apakah dunia sekarang makin kejam... kejam yang berterusan.. anda lah yang harus mengubahnya.. kepada kebenaran.. Jangan biarkan yang berkuasa terus berkuasa sehinggakan hukum hakam membabi buta.. jangan jadikan harta dunia matlamat utama anda untuk mengecapi keseronokan.. Agama tidak melarang anda untuk berhibur..tapi ada batas-batas dan syariatnya yang harus di ikuti..


Dengarlah kata-kata ulamak yang berwibawa  yang membolehkan anda mendapatkan syurga akhirat di sana...bukannya ulamak yang yang inginkan syurga dunia saja...

No comments:

Post a Comment