Search This Blog

Monday, 1 August 2011

chin peng dan sejarah malaya

Membela PKM dan Chin Peng
Dua puluh tahun dahulu,
perjanjian damai Haadyai
ditandatangani oleh kerajaan
Malaysia dengan Parti Komunis
Malaya (PKM), maka perang
saudara ditamatkan, dan
bermulalah suatu proses
persefahaman yang
menguntungkan perpaduan
nasional dan pembangunan
negara.
Antara lain, sumbangan PKM
dalam perjuangan kemerdekaan
akhirnya diakui kerajaan. Datuk
Rahim Noor, bekas ketua polis
negara dan ketua rombongan
perunding masa itu
mengumumkan bahawa
sumbangan PKM dalam
perjuangan kemerdekaan tidak
dinafikan atau diperkitaikan
oleh kerajaan.
Di samping itu, menurut
Darshan Singh Khaira – peguam
Chin Peng, Fasal 3.1 perjanjian
damai itu menyatakan anggota
PKM yang telah meletakkan
senjata dan ingin kembali ke
kampung halaman mereka di
Malaysia dibenarkan berbuat
demikian secara bebas.
Dengan kata lain, jika perjanjian
damai diterima bulat oleh
kerajaan, Chin Peng sewajarnya
dibenarkan kembali ke Malaysia
bersama-sama kawan-kawan
seperjuangannya 20 tahun
dahulu!
Oleh kerana permohonan Chin
Peng untuk kembali ditolak oleh
kerajaan, beliau terpaksa
mengambil tindakan undang-
undang melalui mahkamah.
Mahkamah di semua peringkat
hingga Mahkamah Persekutuan
sama-sama tegas agar Chin
Peng kemukakan surat kelahiran
dan kewarganegaraannya untuk
membuktikan beliau
diperanakkan di sini.
Permintaan ini mustahil untuk
Chin Peng, kerana dokumen-
dokumen tersebut sudah hilang
dalam huru-hara peperangan.
Hakikat Chin Peng dilahirkan di
Setiawan, Perak diketahui
umum di dalam dan luar negeri,
dan sanak-saudaranya dengan
senang saja dapat menjadi saksi
untuk memberi keterangan di
mahkamah.
Rasanya permintaan mahkamah
hanya merupakan alasan untuk
menafikan hak Chin Peng untuk
menetap di Malaysia berasaskan
prinsip jus soli.
Pada 21 Mei, pengerusi Citizens
International, SM Mohamed Idris
merayu kepada kerajaan supaya
membenarkan Chin Peng pulang
atas alasan-alasan berikut:
• Melalui perjuangannya
menentang imperialisme,
penjajahan dan penindasan,
beliau telah membawa
kehormatan dan maruah kepada
negara dan rakyat kita;
• Telah menjadi fakta sejarah
yang sahih bahawa perjuangan
yang dibawa oleh gerakan
pembebasan pimpinan Chin
Peng, Rashid Mydin, Abdullah
CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain
telah menyumbang ke arah
kemerdekaan Malaya;
• Sumbangan gerakan ini
diiktiraf sendiri oleh mantan
perdana menteri Tunku Abdul
Rahman Putra Alhaj, bekas
timbalan perdana menteri Tun
Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun
Abdul Ghafar Baba, seorang lagi
mantan timbalan perdana
menteri;
• Perjanjian PKM dengan
kerajaan Malaysia pada 1989
membenarkan bekas pemimpin
gerakan gerila itu pulang ke
tanahair dan menetap, kerajaan
digesa menghormati butiran
perjanjian tersebut.
• Beberapa bekas pemimpin
kanan PKM seperti Abdullah C.D.,
Shamsiah Fakeh dan Musa
Ahmad telah dibenarkan oleh
kerajaan untuk kembali, malah
menetap di Malaysia.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang
Dr Teng Hock Nan menyokong
saranan Citizens International
dan turut menggesa agar
kerajaan mengkaji semula
keputusan menolak
permohonan Chin Peng
berasaskan semangat
kemanusiaan, demi mengenang
jasanya dalam proses
memperjuangkan kemerdekaan
Malaya.
Rayuan mereka berasaskan
kerasionalan dan keadilan, dan
sesuai dengan butiran dan
semangat perjanjian Haadyai
1989.
Malangnya Dr Teng telah
dijadikan kambing hitam oleh
beberapa golongan
berkepentingan politik yang
cuba mengapi-apikan sentimen
anti-komunis dan kebencian
kaum, mereka cuba
menyimpang tumpuan orang
ramai terhadap kebuntuan
politik mereka.
Seperti biasa, Utusan Malaysia
tampil untuk mengorkestrakan
gelombang anti-komunis, dan
dalam beberapa hari saja, kita
kembali dalam suasana seolah-
olah ketakutan menjelang
Operasi Lalang apabila sesiapa
sahaja boleh dicap komunis atau
pelampau dan ditahan bawah
undang-undang ISA.
Menteri Penerangan,
Komunikasi, Seni dan
Kebudayaan, Rais Yatim
mengancam akan mengambil
tindakan terhadap blog-blog
yang dianggap menyebarkan
“ideologi komunis”, dan
mahu sentimen yang
menganggap komunisme
mempunyai nilai-nilai nostalgia
dan positif dilupuskan sama
sekali dalam pemikiran seluruh
rakyat Malaysia.
Rais seolah-olah masih
terbelenggu dalam mind-set
anti-komunis zaman perang
dingin. Kepada beliau, PKM
masih dianggap sebagai musuh
sungguhpun perjanjian damai
telah ditandatangani selama 20
tahun!
Dalam sebuah negara
demokrasi, siapakah berhak
untuk menegah orang lain
daripada mengenang dan
menyanjung pengorbanan dan
perjuangan masa silam mereka
yang membanggakan, atau
bertafakur dan mengambil
iktibar daripada pengalaman-
pengalaman dan kejadian-
kejadian lepas?
Tidak kira kamu seorang
konservatif, beragama, liberal,
radikal atau
berlatarbelakangkan sebarang
fahaman politik atau ideologi
lain, kamu mempunyai hak-hak
kemanusiaan terhadap
kebebasan-kebebasan bersuara,
pemikiran, kepercayaan dan
keyakinan.
Dengan kata lain, bekas ahli-ahli
PKM, termasuk Mat Amin, dan
mereka yang masih percaya ada
nilai-nilai positif dalam
komunisme/Marxisme, atau
apa-apa isme sekalipun, mereka
juga berhak mempunyai
blognya sendiri (seperti ruang
siber menempatkan beribu-ribu
blog seperti ini).
Mereka harus dibenarkan
berblog, jika mereka hanya
menggunakan komputer dan
patuh kepada undang-undang
siber negara kita, bukan
melancarkan perjuangan
bersenjata terhadap negara.
Kutukan Rais terhadap
komunisme secara tuntas
menjelang kunjungan rasmi
Perdana Menteri Najib Razak ke
negara komunis China adalah
tidak wajar dan melanggar
kesusilaan diplomatik,
terutamanya apabila hubungan
setiakawan dan ekonomi kedua-
dua negara sedang meningkat
ke tahap kerjasama strategik.
Menteri Pertahanan Dr Ahmad
Zahid Hamidi juga tiba-tiba
terhidu semacam ada usaha
yang berbau komunis cuba
hidupkan di negara kita. Saya
tidak pasti gerangan apa yang
dimaksudkan Zahid sebagai
“ideologi dan nilai-nilai
komunisme” yang amat
abstrak itu.
Kini, kita hidup dalam dunia di
mana semua ideologi dan nilai
sedang mengalami perubahan
yang pesat. Tanpa diberi definisi
yang tepat, tuduhan beliau itu
boleh ditafsirkan dengan sesuka
hati untuk tujuan memomokkan
orang ramai.
Bagaimanapun, jika sengaja
dikaitkan pihak-pihak seperti
Gerakan, DAP, PAS, PSM dan
seterusnya – yang pernah
mengakuri sumbangan PKM
dalam memperjuangkan
kemerdekaan negara kita –
sebagai ingin menghidupkan
semula komunisme di negara
kita, maka mungkin Rais dan
Zahid sendiri juga tidak percaya!
Zahid tidak setuju Chin Peng
dibenarkan kembali ke Malaysia,
beliau berpendapat jika Chin
Peng kembali, ia merupakan
penghinaan terhadap keluarga
hampir 50,000 anggota pasukan
bersenjata penjajah British dan
kerajaan Malaysia yang maut
semasa era darurat di Malaya.
Bercakap bagi pihak British,
bukan bagi pihak PKM yang
memperjuangan kebebasan
nasional, membuktikan Zahid
mengabdikan diri kepada
kepentingan penjajah.
Perlu juga Zahid menerangkan
kenapa bilangan kematian
pasukan bersenjata British dan
kerajaan Malaysia diperbesar-
besarkan sehingga 50,000,
sedangkan ahli sejarah pernah
menganggarkan jumlah itu
kurang daripada 2,000 bagi
anggota pasukan bersenjata
British dan kerajaan yang gugur
dalam perang, dan kematian
pasukan PKM pula mencecah
7,000.
Dua perkara penting berikut
perlu dijelaskan. Pertama, dalam
mana-mana perang sekalipun,
tentu ada kematian dan
kesengsaraan bagi kedua-dua
pihak yang terlibat, cerita satu
pihak saja tentu tidak adil
kepada pihak yang satu lagi.
Padahal, dalam perang
berjangka panjang seperti dalam
perang anti-Jepun, perang
pembebasan anti-British dan
perang saudara selepas British
meninggalkan negeri kita,
jumlah kematian pihak PKM
sebenarnya lebih beberapa kali
ganda berbanding dengan
jumlah kematian pihak British
dan kerajaan Malaysia.
Di samping itu, beribu-ribu ahli
dan penyokong PKM telah
digantung mati, dipenjarakan,
diseksa dan dibuang negeri.
Rumah-rumah penduduk desa
dimusnahkan, dan mereka
dipaksa untuk pindah ke
khemah-khemah tahanan
(kampung-kampung baru) di
merata negeri.
Kenapa kesemua pengorbanan
dan kesengsaraan ahli-ahli dan
penyokong-penyokong PKM dan
penduduk-penduduk desa tidak
disebut langsung oleh media-
media arus perdana dan
menteri-menteri berkaitan?
Yang kedua, kita perlu
membezakan antara perang adil
dengan perang tidak adil. Jelas
sekali, perang anti-Jepun dan
perang anti-British yang
dilancarkan PKM adalah perang
adil untuk mempertahankan
negara dan rakyat.
Oleh itu, mereka adalah patriot
tulen, jasa-jasa mereka yang
membanggakan ini patut dicatat
dalam buku sejarah di peringkat
persekolahan kita. Mereka yang
berperang sebagai proksi British
tidak berhak untuk menuntut
simpati daripada rakyat.
Mungkin kamu akan bertanya:
kenapa PKM masih berperang
selepas British meninggalkan
Malaysia? Mereka sebenarnya
terpaksa meneruskan perang
kerana inisiatif mereka untuk
mencapai perjanjian damai di
Rundingan Baling pada 1955
telah digagalkan oleh penjajah
British dengan meletakkan
prasyarat PKM mesti menyerah
diri.
Jawaban Chin Peng ialah: “Jika
kamu menuntut kami serah diri,
kami rela melawan hingga
orang terakhir!” PKM padahal
tidak meminta lebih daripada
apa yang pernah Tunku Abdul
Rahman tawarkan.
Saya petik daripada memoir
Chin Peng yang telah
diterbitkan:
“Memandang lurus merentangi
dua meja, saya katakan, dulu
Tunku pernah sebut jika
perjuangan bersenjata kami
dihentikan, parti kami akan
diberi kedudukan setaraf agar
kami dapat memperjuangkan
kemerdekaan melalui cara
perlembagaan. Namun syarat-
syarat pengampunan sekarang
tidak mengandungi perkara
tersebut.” (alias Chin Peng, My
Side of History, halaman 379)
Jadi, siapa yang harus
disalahkan, Chin Peng atau
Tunku?

No comments:

Post a Comment