Tiba-tiba negara kebajikan
menjadi isu perbincangan. Ini
adalah hasil dari keputusan
muktamar PAS tahun 2011
baru-baru ini. Hasil dari
muktamar ini, umum diberitahu
bahawa PAS akan menjadikan
negara kebajikan sebagai
akidah perjuangan.
Bila sahaja
PAS
mengajukan
negara
kebajikan
kepada umum, dengan serta
merta United Malays National
Organisation bangun mengaku
bahawa dasar ini telah mereka
jalankan. Justeru, mengikut
United Malays National
Organisation PAS hanya
menjadi "pak turut".
Saya rasa memang ada warga
kurang faham tentang apa
sebenarnya negara kebajikan.
Saya yakin, ramai yang kabur
dan kurang faham dan mungkin
menjadi sasau apabila United
Malays National Organisation
mengakui bahawa mereka telah
menjalankan dasar negara
kebajikan.
Jika dasar
yang sedang
dilakukan oleh
United Malays
National
Organisation ini sebagai agenda
negara kebajikan, ini bermakna
warga Palestin di Gaza juga
hidup dalam negara kebajikan.
Hampeh. Pengakuan United
Malay National Organisation ini
betul-betul mengelirukan ramai
warga. Pengakuan United Malay
National Organisation ini sama
seperti George Bush mengakui
bahawa dia menyerang Iraq
untuk membawa demokrasi
dan keamanan. Justeru, ciri
pertama negara kebajikan ialah
apa sahaja dasar yang sedang
dilakukan oleh United Malays
National Organisation bukan
negara kebajikan.
Sudahnya kita semua
menyedari 'cakap tipu' United
Malays National Organisation
ini. Biar saya sambung
penerangan tentang negara
kebajikan. Sesebuah daulah
wujud berasaskan ekonomi.
Dalam dunia wujudiah kita pada
hari ini hanya ada dua bentuk
sistem ekonomi - ekonomi
kapitalis dan ekonomi sosialis.
Ini adalah dua sistem ekonomi
induk. Yang lain-lain hanyalah
pecahan dari sistem ekonomi
ini.
Saki baki budaya feudal
Ekonomi kapitalis berpaksikan
keuntungan maksima.
Keuntunganlah yang
mengemudikan arah dan dasar
negara yang mengamalkan
sistem ekonomi kapitalis.
Manakala sistem ekonomi
sosialis berpaksikan kepada
kebajikan ramai. Justeru negara
atau daulah yang mengamalkan
sistem ekonomi sosialis akan
menjadikan kebajikan ramai
sebagai pedoman.
Tanah Melayu pada satu ketika
dahulu adalah negara
bersistemkan ekonomi feudal.
Sistem ekonomi ini muncul
sebelum ekonomi kapitalis. Raja
menjadi kepala yang mewakili
seluruh kehidupan. Raja
berkuasa memungut cukai. Raja
berhak memiliki tanah. Maka
lahirlah budaya Melayu yang
menjadi lambang sistem
ekonomi feudal ini. Justeru kita
melihat orang Melayu tunduk
kepada raja walaupun raja itu
hampeh. Hingga ke hari ini saki-
baki budaya yang dilahirkan
oleh sistem ekonomi feudal itu
masih wujud sebagai bukti.
Di negara-
negara tandus
berpadang
pasir seperti
Arab Saudi
telah muncul satu budaya dan
tamadun yang berpaksikan
ekonomi padang pasir. Di Kutub
Utara yang sejuk bersalju telah
melahirkan budaya dan
tamadun negara bangsa warga
Eskimo. Amat jelas bahawa
sistem ekonomilah yang
melahirkan tamadun negara
bangsa.
Saya tidak perlu bersuluh untuk
memahami bahawa dari sistem
ekonomilah munculnya budaya,
moral, nilai, tata susila dan
tamadun. Semua budaya
bangsa dalam dunia ini wujud
hasil dari sistem ekonomi.
Tamadun negara bangsa adalah
cermin dari sistem ekonomi
yang sedia dipakai.
Mari saya bawa kembali untuk
memahami dua sistem ekonomi
- kapitalis dan sosialis. Untuk
saya amat jelas dua bentuk
sistem ekonomi ini memiliki
perbezaan yang hakiki. Malah
dua sistem ekonomi ini
bertentangan antara satu sama
lain. Keuntungan maksima tidak
boleh wujud jika kebajikan
ramai ingin diberi. Dalam masa
yang sama kebajikan ramai
tidak mungkin wujud jika
keuntungan maksima ingin di
capai.
Ini adalah
hakikat
bertentangan
antara dua
sistem
ekonomi ini.
Memang betul kita sering cuba
dikelentong dengan kata-kata
'sama-sama menang' atau win-
win situation. Dalam sistem
ekonomi tidak wujud sama-
sama menang. Jika loji Lynas di
Gebeng akan dibuka, yang
untung membuat kekayaan
ialah syarikat Australia. Yang
akan rugi warga Gebeng dan
Kuantan. Mustahil syarikat loji
untung dan warga di Gebeng
juga untung. Tidak pernah lagi
dalam sejarah ekonomi sosialis
atau kapitalis akan wujud
situasi sama-sama untung.
Dalam bahasa orang kampung -
tidak mungkin tauke untung
dan kuli juga untung. Saya tahu
ada juga yang berani berkata
sedemikian. Untuk saya ini
adalah kata-kata dari orang gila
yang tidak faham asas
ekonomi. Kita selalu mendengar
atau membaca kata-kata win-
win situation. Kata-kata ini
datangnya dari mulut politikus
United Malays National
Organisation yang kerjanya
hanya menipu orang ramai.
Kepentingan ekonomi
Dalam sisem ekonomi kapitalis,
pelaburan dibuat untuk
membawa untung. Justeru
balak ditebang untuk
menguntungkan tauke balak.
Mustahil penebangan balak ini
akan menguntungkan kera dan
siamang dalam hutan, jauh
sekali orang Penan. Tanah sawit
dibuka dikatakan untuk
membawa peluang pekerjaan.
Ini kata-kata dari seorang
munafik yang menyorokkan
niat asalnya untuk mencari
keuntungan dari tenaga buruh
pekerja ladang sawit ini.
Saya amat berharap para
pembaca yang budiman faham
bahawa politik itu adalah
ekonomi. Perebutan kuasa
politik itu ialah perebutan kuasa
ekonomi. Kerana itu kempen
politik adalah kempen tentang
dasar ekonomi. Jika para
pembaca telah memahami
sudut ini maka dengan senang
sekali para pembaca akan
memahami apa dia politik
terkini dalam negara kita.
Biar saya
jelaskan
bahawa para
penyokong
sistem
ekonomi kapitalis tidak henti-
henti merancang untuk
merebut kuasa politik agar
mereka dapat membolot semua
punca ekonomi. Rasa saya ini
fakta yang jelas dapat kita lihat
dalam budaya politik United
Malays National Organisation.
Justeru kaum kapitalis ini akan
menyokong United Malays
National Organisation kerana
parti ini menyebelahi
kepentingan mereka.
Bagitu juga pendokong yang
mengajukan sistem ekonomi
sosialis. Mereka juga akan
menyusun penyokong. Kalau
dalam sistem ekonomi kapitalis,
pihak yang menyokong ialah
kaum pemodal dan pelabur.
Dalam sistem ekonomi sosialis
yang menyokong ialah kaum
buruh, kaum tani dan warga
miskin yang hidup tanpa harta
kekayaan.
Justeru, sekali lagi saya
tunjukan wujudnya
pertembungan antara dua
sistem ekonomi. Lalu
pertanyaan muncul, di mana
hendak kita letakkan negara
kebajikan yang telah diajukan
oleh parti PAS?
Biar saya terangkan dengan
sejelas mungkin tentang negara
kebajikan ini. Negara kebajikan
bukan satu sistem ekonomi.
Jangan sesekali silap untuk
mentakrifkan bahawa negara
kebajikan ini satu sistem
ekonomi. Bukan.
Naratif dalam al-Quran
Negara kebajikan ini muncul
dari satu sistem ekonomi.
Negara kebajikan dilahirkan dari
sistem ekonomi sosialis. Hanya
sistem sosialis sahaja yang
memiliki kudrat dan iradat
untuk membawa kemunculan
negara kebajikan. Lalu timbul
persoalan bahawa PAS ini
bukan parti sosialis. Pas
mengakui diri sebagai parti
Islam. PAS sebuah parti Islam
adalah kenyatan yang betul dan
tepat.
Wajib kita sedari
bahawa Islam itu
adalah agama
kepercayaan dan
bukan sistem
ekonomi. Dalam
kitab suci al-Quran
yang dimunculkan adalah ayat-
ayat yang membawa naratif-
naratif contoh yang
menggambarkan negara
kebajikan. Justeru terpulanglah
kepada si penganut untuk
menggunakan akal dan fikrah
untuk melakar dan mencipta
satu sistem ekonomi yang
melahirkan negara kebajikan.
Di tahap tamadun manusia hari
ini, negara kebajikan hanya
dapat diwujudkan melalui
struktur sistem ekonomi
sosialis. Lalu timbul satu lagi
persoalan, bukankah sosialis ini
tidak beragama dan tidak
bertuhan?
Saya rasa masa dan ketikanya
telah sampai untuk kita semua
berani membebaskan diri dari
diperangkap oleh propaganda
'perang dingin' yang
mengatakan bahawa
penyokong sistem ekonomi
sosialis ini tidak bertuhan. Ini
sebenarnya lahir dari kejayaan
propaganda licik ketika
pertempuran hebat antara dua
ideologi sistem ekonomi.
Ideologi sistem kapitalis yang
dikepali oleh Amerika Syarikat
dengan sistem sosialis yang
dipimpin oleh Rusia.
Pertempuran ini berjalan hebat
bermula sesudah Perang Dunia
Kedua hingga runtuhnya
Tembok Berlin pada tahun
1989.
Adalah betul
dan tepat
apabila kita
mengatakan
bahawa
sistem ekonomi kapitalis atau
sosialis tidak memiliki agama
dan tidak memiliki tuhan.
Sistem ekonomi ini samalah
seperti enjin kereta yang wujud.
Tugas enjin hanya untuk
bergerak dari kampung ini ke
kampung itu. Tidak mungkin
enjin kereta ini beragama dan
bertuhan.
Biar saya terangkan lagi sejelas
mungkin tentang beza agama
dengan sistem ekonomi. Ini
agar kita semua akan memiliki
pandangan yang cerah dan
terbuka. Biar saya tunjukkan
bagaimana Syed Mukhatar
seorang penganut agama Islam
yang selalu bersedekah; tetapi
dia juga seorang kapitalis besar.
Harta kekayaan Syed Mukhtar
datangnya dari tenaga kaum
buruh.
Seorang lagi kapitalis besar
ialah Bill Gates. Bill Gates tuan
empunya Microsoft adalah
seorang atheis. Apa yang ingin
saya paparkan, bukan agama
dan kepercayaan yang penting
tetapi akidah. Bill gates dan
Syed Mukhtar memiliki akidah
yang sama sebagai kaum
kapitalis. Kaum kapitalis
mencari untung. Akidah mereka
ialah keuntungan maksima.
No comments:
Post a Comment